Tuesday, November 10, 2015

Anak-anak dan Tekanan Darah Tinggi

Tahukah anda bahawa anak-anak boleh mengidap tekanan darah tinggi? Kanak-kanak kecil, bahkan bayi sekalipun, boleh mengalami tekanan darah tinggi. The American Heart Association mencadangkan agar setiap anak usia 3 tahun dan dibawahnya mendapatkan pemeriksaan tekanan darah secara rutin setiap tahun. Pengesanan awal sangatlah penting kerana pesakit tekanan darah tinggi berisiko tinggi terkena penyakit jantung ataupun strok nantinya.

Tekanan darah tinggi pada anak-anak boleh jadi disebabkan oleh penyakit lain biasanya penyakit jantung atau buah pinggang. Ini dipanggil hipertensi sekunder. Jika penyakitnya boleh diatasi, tekanan darah biasanya kembali normal. Pada beberapa kes, ubat-ubatan boleh juga mengakibatkan tekanan darah tinggi, begitu digunakannya dihentikan, tekanan darah pun kembali normal.

Anak-anak yang kelebihan berat badan cenderung memiliki tekanan darah lebih tinggi berbanding kanak-kanak dengan berat badan normal. Diet khusus dan memperbanyak sukan mungkin cadangan yang akan dianjurkan doktor untuk mengatasi tekanan darah tinggi pada anak-anak dengan kelebihan berat badan. Untuk menyokong diet mungkin juga disaran mengambil oats dan makanan bebas sodium.

Pada kebanyakan kes, pengendalian tekanan darah tinggi pada anak-anak melibatkan kombinasi diet, olah-raga dan kadang ubat-ubatan. Jika tekanan darah tinggi putra putri anda meningkat, bekerjasamalah dengan doktor keluarga atau doktor pakar kanak-kanak untuk memberikan penganganan yang tepat.


1 ulasan :

Crypto Phone Support said...

Do you want remedies and solutions related to the errors you face while using Binance exchange? It’s a high time, instead of worrying, you must reach the team of executives who are available over dialing Binance support number at 1-800-665-6722. With years of experience and infinite knowledge, the executives can resolve all kind of errors in minimal time with high-end perfection. The executives are present around the clock to assist the users.Visit website:-http://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails