Sunday, November 8, 2015

Fakta Mengenai Penyakit Jantung

Jantung memerlukan bekalan oksigen dan nutrisi yang berterusan yang dibawa oleh darah melalui arteri koronari. Jika arteri ini mengecil atau tersumbat, jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup. Hal ini boleh menimbulkan rasa sakit pada dada atau lengan kiri dan bahu yang disebut Angina Pektoris (angin duduk). Apabila bekalan darah sama sekali berhenti, hasilnya adalah serangan jantung.

Penyakit jantung boleh dengan mudah di salah anggap sebagai penyakit lain, terutama pada wanita. Banyak orang salah menterjemahkan tanda-tanda amaran awal sebagai gangguan pencernaan, otot ketarik dan stress. Namun pada kes tertentu, penyakit jantung tidak menimbulkan gejala apapun hingga timbulnya serangan jantung.

Beberapa gejala umum dari penyakit jantung, diantaranya:

  • Sakit di dada dan sesak nafas.
  • Perasaan sesak, berat atau terbakar di daerah dada biasanya di belakang tulang dada.
  • Kesakitan atau kaku pada leher, rahang atau lengan.

Beberapa faktor yang menyumbang pada timbulnya penyakit jantung antara lain tingginya tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, obesiti, faktor keturunan dan merokok. Anda boleh mengawal beberapa faktor dengan bersenam secara teratur, mengatur pola makan yang sihat dan tidak merokok. Penyakit jantung juga boleh diatasi dengan rawatan dan untuk beberapa kes melalui pembedahan untuk melancarkan arteri yang tersumbat.

Saturday, November 7, 2015

Fakta Mengenai Stress atau Kemurungan (Depresi)

Stress atau kemurungan adalah suatu keadaan perubatan yang secara serius boleh mempengaruhi emosi dan fikiran serta kemampuan mereka dalam melakukan aktiviti sehari-hari. Stress seringkali ditimbulkan kerana fungsi otak yang tidak normal akibat kurangnya Serotonins atau bahan kimia dalam otak yang mempengaruhi susana hati. Penyebab lain stress mungkin termasuk riwayat keluarga, tingginya tahap tekanan dan pengaruh dadah.

Beberapa gejala umum dari stress atau kemurungan meliputi:

  • Perasaan sedih yang terus menerus, putus asa, rasa bersalah atau pesimis.
  • Berkurangnya minat terhadap hobi yang dulunya terasa menyenangkan
  • Menurunnya tenaga atau keletihan.
  • Kesukaran menumpukan perhatian, membuat keputusan atau mengingat sesuatu.
  • Insomnia atau tidur berlebihan
  • Perubahan nafsu makan dan berat badan, baik kehilangan atau bertambah berat badan.
  • Memikirkan tentang kematian atau membunuh diri.
  • Gelisah atau cepat marah.

Related Posts with Thumbnails