Monday, November 9, 2015

Hubungan Antara Penyakit Jantung dan Stress

Ada banyak hubungan antara dua penyakit tersebut. Antara satu dengan lain dapat saling menyumbang terhadap perkembangan satu sama lain, juga saling menggangu rawatannya. Dibawah ini adalah beberapa penemuan terkemuka hasil kajian dua dekad terakhir:

  • Stress boleh mempengaruhi irama jantung, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan gumpalan darah dan menyebabkan peningkatan tekanan hormon secara kronik. Menurut American Heart Association, didapati bahawa stress boleh menyebabkan orang menjadi kurang memberi perhatian kepada pemakanan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Sress sering kelihatan pada orang-orang yang pernah terkena serangan jantung atau yang pernah menjalani Cardiopulmonary Bypass Surgery (pengalihan fungsi jantung dan paru-paru semasa operasi). Data dari NIMH menunjukan bahawa 1 daripada 3 orang yang selamat dari serangan jantung pernah bertarung dengan stress selama masa pemulihan.
  • Stress akan membuat orang yang mengidap penyakit jantung jadi lebih sukar untuk menjalankan rawatan dan mematuhi pola makan sesuai preskripsi doktor dan sukan rutin. Hasilnya, orang yang mengidap stress sekaligus penyakit jantung akan diramalkan lebih lama sembuh (data dari Cleveland Clinic Journal of Medicine). Selain itu orang dengan penyakit jantung cenderung lebih negatif terhadap ramalan tersebut, yang mana akan memburukkan stress nya juga.
  • Penyakit jantung dan stress adalah penyakit yang serius. Untungnya, dua penyakit tersebut seringkali dapat dikawal melalui rawatan dan perubahan gaya hidup. Jika anda pernah didiagnosis mengidap salah satu atau bahkan dua keadaan tersebut, dapatkan nasihat baik-baik dengan doktor anda untuk mencari rawatan dan pilihan gaya hidup yang tepat.

Sunday, November 8, 2015

Fakta Mengenai Penyakit Jantung

Jantung memerlukan bekalan oksigen dan nutrisi yang berterusan yang dibawa oleh darah melalui arteri koronari. Jika arteri ini mengecil atau tersumbat, jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup. Hal ini boleh menimbulkan rasa sakit pada dada atau lengan kiri dan bahu yang disebut Angina Pektoris (angin duduk). Apabila bekalan darah sama sekali berhenti, hasilnya adalah serangan jantung.

Penyakit jantung boleh dengan mudah di salah anggap sebagai penyakit lain, terutama pada wanita. Banyak orang salah menterjemahkan tanda-tanda amaran awal sebagai gangguan pencernaan, otot ketarik dan stress. Namun pada kes tertentu, penyakit jantung tidak menimbulkan gejala apapun hingga timbulnya serangan jantung.

Beberapa gejala umum dari penyakit jantung, diantaranya:

  • Sakit di dada dan sesak nafas.
  • Perasaan sesak, berat atau terbakar di daerah dada biasanya di belakang tulang dada.
  • Kesakitan atau kaku pada leher, rahang atau lengan.

Beberapa faktor yang menyumbang pada timbulnya penyakit jantung antara lain tingginya tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, obesiti, faktor keturunan dan merokok. Anda boleh mengawal beberapa faktor dengan bersenam secara teratur, mengatur pola makan yang sihat dan tidak merokok. Penyakit jantung juga boleh diatasi dengan rawatan dan untuk beberapa kes melalui pembedahan untuk melancarkan arteri yang tersumbat.
Related Posts with Thumbnails