Apa itu Garcinia Cambogia?
Garcinia Cambogia mempunyai bentuk seperti buah labu. Garcinia
Cambogia baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukan. Ekstrak garam
kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA), terhasil dari air buahnya. Ia tidak beracun
atau toksik, tiada perasa, serbuknya tidak berbau dan sebagai herba alternatif yang
amat berkesan bagi mengawal kegemukan dan kolestrol dengan cara membakar,
menghalang dan menghadkan pengempulan asid-asid lemak dan kolestrol
(lipogenesis) dalam badan. Kandungan unsur aktif 50% dan 70% HCA. Buah ini
mengandungi Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid
hydroxy citric, dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah
matahari dipanggil sebagai “Asam Keping” ia digunakan dalam penyediaan beberapa
jenis masakan dan rasanya amat masam.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur
(GARCINIA CAMBOGIA)
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah
digunakan beribu tahun dahulu disebelah Asia sebagai bahan masakan. Ia juga
digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan
pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam
perkataan lain Pembantu Pemakanan (dietary aid). Boleh dipercayai dan sentiasa
bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada
kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasalah seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk
Garcinia Cambogia bukan makanan pemakanan, maka ia tidak
disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan. Mereka yang mengamal berat badan
mendatar mendapati mereka amat sukar mengawal berat badan, Mereka amat kecewa
kerana bila mereka rasa mereka telah berjaya mengurangkan berat badan, tetapi
rupa-rupanya mereka bertambah berat. Dengan pengambilan HCA mereka mampu
mendatarkan berat badan mereka kerana pemakanan yang berlebihan akan bertukar
kepada tenaga dan selebihnya akan dilarut sebagai bahan buangan.
Berapa
banyakkah yang perlu dimakan?
Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui. Walau
bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3
kali sehari (sebelum makan), jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan
yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan pada setiap kilo
berat badan asas). Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan
pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan
kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian
sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia
amat sesuai dan berkesan apa bila diambil dengan gula asas yang tinggi.
Pemakanan yang tinggi serat mendatangkan kerosakan Peyerapan HCA seperti
dicatat diatas.
Unsur utama dalam Garcinia Cambogia ialah (-) Acid Hydroxyl
Citric (atau HCA). Dalam dasar kiraan harian, HCA terbentuk dari 20-30%
buah-buah kecil (berry). Garcinia Cambogia berkerja dalam dua cara:
1. Dengan cara menyekat selera
2. Dengan cara menghalang pembentukan lemak asid (lipid
synthesis)
Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak
oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukkan
lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan.
Garcinia
Cambogia dan Physiologynya
Bahan aktif, asid hydroxycitric (HCA) diekstrak dari kulit Garcinia
Cambogia (rind of the fruit) sebagai bahan menggalak pengurangan berat badan.
Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam
metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang
dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk sementara waktunya melambatkan tindak balas
enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia
untuk peyimpanan sel-sel.
Di mana ia
boleh didapati?
Acid hydroxycitric (HCA) hanya boleh didapati dalam beberapa
jenis tanaman sahaja. Garcinia Cambogia adalah buah dari pokok garcinia india
juga dikenali sebagai Brindle berry yang tumbuh di negeri India Selatan. Asid
Hydroxycitric (HCA) dihasilkan dari kulit buah cambogia. Hasil buah ini dijual
sebagai pengambilan tambahan (Supplement) mengurangkan berat badan dalam
berbagai bentuk dan jenama seperti Brindleberry Extract, HCA, dan yang biasa
dipasarkan sebagai Citrimax. HCA adalah bahan yang telah dikaji lebih dari dua
abad. Ada juga kajian yang menunjukkan Asid Hydroxycitric membantu menghalang
hati (Liver) dari diselaputi lemak hasil dari karbohidrat. HCA meningkatkan
penghasilan dan simpanan glycogen sementara mengurangkan kedua duanya iaitu
selera dan penambahan berat. HCA juga menyebabkan kalori yang lebih digunakan
sebagai perkembangan thermogenisis.
Kajian Klinikal
Kajian saintifik yang dilakukan oleh makmal-makmal perubatan
menunjukan HCA mampu membantu siapa sahaja untuk mengurangkan berat badan.
Telah dilaporkan purata berat yang dapat dikurangkan ialah sebanyak satu paun
seminggu. Setiap kes kecuali satu, menunjukan kekurangan berat badan lebih
ketara HCA walaupun keputusan tidak menghasilkan ketentuan secara statistik.
Melalui eksperimen pada haiwan, HCA mampu merendahkan selera
makan serta mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol pada hati. Disamping
itu, HCA juga boleh bertindak mengeluarkan kolestrol yang telah terbentuk dari
sistem saliran badan . Yang menarik lagi, HCA tidak menghapuskan sama sekali
keinginan untuk makan. Sebaliknya ia hanya sekadar mengawal serta mengurangkan
keinginan untuk makan di mana akhirnya, berat badan dapat dikurangkan dengan
lebih mudah.
Ia bukan saja sejenis buah yang penuh dengan Antioksidan tapi
para penyelidik di Institut penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) juga telah
memperakui bahawa Asam membantu dalam menukarkan lemak kepada tenaga,
membiarkan pemakanan itu membakar lemak yang berlebihan. Dalam penyelidikan
seterusnya ia telah menunjukkan buah asam (fruits acidic nature) juga boleh
bertindak sebagai Anti-fungal (kulat), anti-microbial (kutu dan hama) dan
mempunyai ciri-ciri ubatan bagi pengurangan berat.
(-)- Asid Hydroxycitric (HCA) adalah compound yang terdapat
dalam Garcinia Cambogia, HCA mempunyai struktur kimia sama dengan asid citric
(Asid utama dalam buah buahan citrus). Keutamaan penyelidikan dalam makmal dan
dalam kajian yang dilakukan keatas binatang mencadangkan bahawa HCA amat
berguna dalam pertolongan penggurangan berat. Binatang uji kaji menunjukkan HCA
membantutkan selera termasuk mengurangkan berat. Dalam satu laporan dikatakan
memakan 1 gram dari buah mengandungi HCA sebelum setiap pemakanan menghasilkan
kekurangan berat 1 paun sehari.
Asid Hydroxycitric adalah sama jenis denganasid citric, ajen
yang memberi buah buahan citrus sifat perasa Tart. HCA dihasilkan sebagai 50%
ekstrak standard Garcinia Cambogia, sama seperti buah kecil dari India Selatan,
yang digunakan sebagai pemeram perasa makanan dan pembantu penghadhaman.
HCA menggunakan kesan anti-obesiti melalui penaklukan keatas
enzim ATP citrate lyase, yang memainkan peranan penting dalam peyimpanan tenaga
dan pemberi kesan keatas selera. Selera datang dari signal di antara perut dan
otak, membuat rasa lapar. Bila makan, makanan dihancurkan menjadi gula glukos
mudah (simple sugar glucose) kemudian menukarkannya kepada tenaga. Bila
pengambilan kalori berlebihan dari yang diperlukan oleh tenaga badan, lebehan
glukos ini akan bertukar kepada glycogen, yang tersimpan di hati (liver) dan
otot untuk keperluan tenaga seterusnya. Berat badan mula bertambah apabila
kapasiti simpanan glycogen tercapai. Bermula dari sini lebihan glukos dari
pengambilan kalori ditukarkan kepada acetyl coenzyme A melalui metabolic ATP
citrate lyase kemudian kepada molikul lemak yang disimpan didalan sel sel
lemak. HCA berfungsi dengan menghalang pembentukan kepada ATP citrate lyase
untuk mengurangkan pembentukkan acetyl coenzyme A, yang dengannya menghalang
pembentukan lemak dan kolestrol.
Sudut
Keselamatan
Ujian Toksik makmal telah membuktikan yang Garcinia Cambogia
tidak mempunyai kesan sampingan kepada jantung mahupun pada kesihatan,
berdasarkan pada fakta orang Asia yang telah menggunakan buah ini berabad
lamanya tanpa kesan sampingan. Hasil penyelidikan menunjukkan ia tidak
mengganggu penghasilan tenaga, zat metabolism, pembentukan hormon
(prostaglandin synthesis) atau apa saja keutamaam process bio-kimia. Namun
dinasihatkan golongan ini tidak digalakkan untuk mengambilnya:
1. Mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap
kolesterol terlebih dahulu berjumpa doktor sebelum menggunakan Garcinia
Cambogia bagi mengurangkan berat badan.
2. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung.
3. Pesakit Alzheimer
4. Pesakit gangguan mental (dementia disease)
5. Ibu yang menyusu
6. Kanak kanak dan orang dewasa yang berpenyakit diabetes
mellitus (kekurangan Insulin dalam tubuh badan)
Kesan Berat
Timbangan
Acid Hydroxycitric (HCA) menggalakkan penurunan berat
seimbang kekal. Pada tahun 1994 seorang pakar diet dari Denmark membuat uji
kaji keatas 28 perserta yang diberikan 750 mg HCA dan 125 gm chromium untuk 6
minggu. Sepanjang masa itu, didapati mereka telah kehilangan purata 8.21 paun
(3.73 kg). Pada 2 minggu sebelum pengakhiran uji kaji itu HCA tidak diberikan,
sedangkan dalam masa ini masih terdapat penurunan pada timbang berat sebanyak
1.7 paun (0.8kg) dan tiada tanda menunjukkan pertambahan berat badan dicatit.
Pada tahun 1997 kajian menunjukkan seseorang telah diberi sebanyak 2.6 gram
(2600 mg) HCA setiap hari selama 2 bulan sebagai sebahagian 1200 kalori sehari
disertakan dengan pemakanan diet rendah lemak dan senaman. Selepas 2 bulan,
orang tersebut meneruskan dengan penggambilan HCA selama setahun tanpa sekatan
pada pemakanan, dipenghujung selama 1 tahun 2 bulan itu beliau didapati telah
kehilangan sebanyak 15% dari berat asalnya dengan purata kehilangan sebanyak
30.4 paun (13.8 kg)
Hasilnya?
Kita kurang berselera untuk makan!
Meningkat Tenaga: Ramai pengguna HCA sedar akan kemampuan
tahap tenaga. Ini terbukti benar kepada ramai, sebab HCA membantu badan
membakar lemak yang mana ia tak mampu membakar sebelum ini, secara lojik ia
menambah tenaga.
Kepercayaan
Tradisi
Dalam perubatan tradisional India, buah asam keping digunakan
untuk mengubati penyakit seperti permasalahan terkumpulnya lendir pada organ
atau bahagian badan, kelewatan haid, sembelit dan jangkitan kuman pada usus.
Selain daripada mengubati penyakit, ia juga mampu bertindak sebagai penghalang
daripada penyakit menular. Ini terbukti dalam kegunaannya menghalang berlakunya
sakit sendi dan permasalahan usus yang kurang lancar.
Walaupun HCA boleh kekal aktif selepas beberapa jam
pengambilannya, Kajian membuktikan ia 8 kali ganda lebih berkesan bila diambil
2-3 kali sehari.
1 ulasan :
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment